Liga Europa UEFA 2023–24
Liga Europa UEFA 2023–24

Liga Europa UEFA 2023–24

Liga Europa UEFA 2023–24 merupakan musim ke-53 kejohanan bola sepak kelab menengah Eropah yang dianjurkan oleh UEFA, dan musim ke-15 sejak ia dinamakan semula daripada Piala UEFA kepada Liga Europa UEFA .Perlawanan akhir diadakan di Stadium Aviva di Dublin, Republik Ireland. Pasukan Itali Atalanta mengalahkan pasukan Jerman Bayer Leverkusen dengan jaringan sebanyak 3–0 untuk memenangi kejuaraan Eropah pertama mereka. Atalanta menjadi pasukan Itali pertama yang memenangi Liga Europa sejak Parma pada 1999. Kemenangan mereka juga telah menghalang usaha Leverkusen untuk memenangi treble benua dan melengkapkan keseluruhan musim tanpa kalah dalam semua pertandingan. Sebagai pemenang kejohanan, Atalanta layak secara automatik ke Liga Juara-Juara UEFA 2024–25 dan juga mendapat hak untuk bermain menentang pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2023–24 dalam Piala Super UEFA 2024.Edisi ini merupakan musim terakhir dengan format semasa 32 pasukan menyertai peringkat kumpulan, selepas UEFA mengumumkan bahawa format serba baharu akan diperkenalkan untuk edisi berikutnya. Disebabkan oleh perubahan format, tiada kelab boleh dipindahkan dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ke Liga Europa UEFA di bawah format Switzerland, dan pemenang edisi ini dan seterusnya tidak lagi dapat mempertahankan kejuaraan.Sevilla adalah juara bertahan, tetapi tidak dapat mempertahankan gelaran mereka selepas tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2023–24.

Liga Europa UEFA 2023–24

Naib Juara Bayer Leverkusen
Tarikh Kelayakan:
8–31 Ogos 2023
Persaingan:
21 September 2023 – 22 Mei 2024
Kehadiran 4,370,262 (30,995 per perlawanan)
Jumlah perlawanan 141
Penjaring terbanyak Pierre-Emerick Aubameyang (Marseille)
10 goals
Permain muda terbaik Florian Wirtz (Bayer Leverkusen)
Pasukan Persaingan: 32+8
Jumlah: 21+36 (dari 32 persatuan)
Jaringan gol 439 (3.11 per perlawanan)
Pemain terbaik Pierre-Emerick Aubameyang (Marseille)
Juara Atalanta (Kejuaraan Ke-1)